Friday 29 July 2011

HARIMAU MALAYA vs SINGAPURA-PURA (SINGANJING)

Aggregat (Malaysia - 4+5 vs 6 - Singapura-pura)


Begitu dramatik perlawanan imbal balik malam tadi di Stadium Bukit Jalil yang di hadiri hampir 90 ribu penyokong Harimau Malaya, penyokong Singapura-pura sikit jer sangat malas nak kira. (Kemenangan Pertama)

Sebelum perlawanan bermula sorakan penyokong Harimau Malaya Aaauuummm….Aaauuummm….Aaauuummm… telah membuat penyokong Singapura-pura tersipu-sipu malu bagai singa betina kesepian mati laki.
(Kemenangan Kedua)

Dengan gagahnya pemain Harimau Malaya melangkah masuk ke Gelanggang Pertarungan bagai Taufan yang akan menbadai dan menenggelamkan Pulau. Sebaris dengan mereka berdirilah singa-singa pulau bersama singa-singa asing (Import + Aspal) yang hanyut setelah dihalau dari tempat asal. Harimau Malaya 100% Malaysia manakala Singapura-pura… 30% Singapura 70% Rojak Campur Kuah Asing..dah macam kerang masak pengat.
(Kemenangan Ketiga)

Negaraku….Tanah Tumpah Negaraku…
Maka bergemalah stadium dengan nyanyian padu serta Vokal Padat yang menggaumkan dari penyokong Harimau Malaya…biasalah yang datang semua Kaki Karok…jadi tak heranlah kalo boleh dengar sampai Johor…haheha…Tapi sayang nyanyian Vokal Padu lagu Negaraku tidak dapat menandingi lagu kebangsaan Singapura-pura yang begitu mengegar apabila hanya di nyanyikan di dalam hati…lebih syahdu lagi apabila singa-singa asing terkebil-kebil…Lupa Lirik agaknya…
(Kemenangan Keempat)

Perlawanan yang menjanjikan seribu erti untuk rakyat Malaysia telah berlangsung dengan begitu sengit sehingga tamat separuh masa pertama. Pada ketika ini semua rakyat Malaysia makan pun tak lalu…silap-silap tegur mau kena pijak perut…ar nie makan dier…Dengan perasaan gundah gelisah (muka dah ketat ni) mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku kerana ternyata Harimau Malaya mempamerkan aksi longlai di atas padang…ada yang berjalan-jalan macam Makcik Jual Kuih Karipap dari rumah ke rumah…Kuih….Kuih…Kuih… ada juga yang tiba hilang pertimbangan (gila sekejap…boleh batal puasa) dan menjadi kurang waras di atas padang…bola dihantar entah ke mana…

Bermula separuh masa kedua…dengan harapan ada percaturan baru dari Dato’ Raja…(aku menharapkan semalam dia pun turun main sekali)…haheha…tapi barisan sama yang di turunkan tapi dengan corak permainan dan semangat yang membara…tekaan aku tepat..serangan demi serangan membuahkan hasil apabila sebiji bola telah menerjah masuk ke gawang singapura-pura…Gooooooooooaaaaallll…..macam nak tercabut kepala dari badan jeritan keriangan sambil terlompat-lompat macam kera… Terima Kasih Safee Sali…macam nak menitis air mata aku…Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari… Singapura-pura dapat menjaringkan Gol penyaman…brengsek…
hancur hatiku…hancur hatiku… (macam lagu nyanyian Olga dari Indonesia)

Tapi ku gagahkan jua kepercayaan…pasti ada sesuatu yang mendapat mengubah keputusan… tunggu punya tunggu…bermulalah detik paling jijik dalam sejarah Bolasepak Dunia dan jalanan… Singapura-pura bermain dengan sikap yang tidak professional dan menyakitkan hati…perlawanan di lambat-lambatkan dengan kecederaan yang seperti di pijak oleh seekor Gajah…seorang demi seorang lahir bintang filem SingAnjing dalam dunia seni bolasepak Singapura-pura…tetapi inilah bolasepak Singapura-pura sejak dari dulu lagi…

Ya Allah aku redha Malaysia kalah tapi kekalahan yang bermaruah…aku BANGGA…
(Kemenangan Kelima)

Harimau Malaya telah rebah di gelanggang sendiri tetapi apa yang perlu kita buat adalah perbaiki kelemahan kita. Setelah menganalisa secara mendalam mengunakan Formula Anjakan ParaBola dapat aku rumuskan bahawa pemain kita bukan tidak bagus tetapi performance mereka sedang berada di tahap paling rendah pada ketika ini. Bukan semua tetapi kebanyakan jadi tak perlulah nak sebut nama. Malaysia sepatutnya mengubah sistem pemilihan pemain berdasarkan tahap performance yang tinggi pada ketika ini untuk mewakili Negara. Bukan yang sekadar memilih pemain yang ada nama dan sering tersenarai tetapi tidak menunjukan performance tahap DEWA. Sebenarnya Malaysia memiliki ramai pemain berbakat ketika ini yang sedang berada pada tahap kemuncak (top speed) tetapi tidak di panggil menyertai pasukan Negara. Tidak kira pemain itu Junior atau pun Senior yang penting prestasi yang di tunjukan dapat membantu pasukan Malaysia. Menghantar pemain berbakat keluar Negara adalah satu program yang baik dan dapat meningkatkan kualiti Bolasepak Malaysia…

Apa pun syabas kepada semua Penyokong Harimau Malaya Dan Pasukan Harimau Malaya….



Aaauuummmm…. Aaauuummmm…. Aaauuummmm….

Monday 4 July 2011

Kedai Mamak...Halal ker Haram..?

Tidak disangkal lagi apabila kita mengatakan bahawa minum teh tarik dan meratah roti canai di restoran mamak menjadi kecenderongan masyarakat bandar berkumpul serta bersosial. Atas kesibukan kerja sehingga lewat malam, penduduk di kawasan bandar jarang pulang ke rumah untuk makan dan mengharapkan kedai-kedai makan di luar bagi memenuhi selera mereka. 

Kebanyakan restoran-restoran mamak ini mampu untuk beroperasi sehingga 24 jam sehari.Restoran mamak sekarang juga bukan sahaja tempat bergosip (mengumpat) untuk bercerita tentang perkembangan artis dan politik tetapi juga selalunya menjadi tempat kedua mengadakan mesyuarat dalam membuat beberapa keputusan tidak rasmi. Ia kadangkalanya pun mampu mempengaruhi mesyuarat rasmi parti-parti politik.

Dalam bersaing perniagaan mereka, kebanyakan restoran mamak menyediakan skrin besar menayangkan filem sebagai tarikan. Siaran sukan secara langsung yang diperolehi dari rancangan TV satelit berbayar amat popular. Selain itu, perkhidmatan jalur lebar percuma juga disediakan, menjadikan ramai anak-anak muda akan berada di restoran mamak ini berjam-jam. 

PERSOALANNYA...?
Adakah kita sebagai seorang muslim begitu yakin tentang kebersihan makanan yang di hidang atau HALAL & HARAM makanan tersebut. Kadang-kadang kita melihat begitu Indah apabila tergantungnya Kalimah ALLAH Dan MUHAMMAD tetapi pernahkah kita menjenguk keadaan di DAPUR...! cara penyedian, peralatan yang digunakan, bahan yang digunakan dan yang paling penting SIAPA YANG MASAK makanan tersebut. Adakah tukang masak itu MUSLIM...atau Hindu atau kita sendiri tidak dapat kenal pasti.

Siapakah sepatutnya membuat pemantaun atau pihak yang berwajib hanya bertindak bila ada laporan sahaja. Perkara ini amat penting kerana setiap apa yang kita makan akan mempengaruhi perangai, tingkah laku dan minda kita..Sedar tak sedar mungkin telah berkilo kita makan dan bergelen air yang telah kita minum di restoran tersebut.

HALAL ker...!!! dan jadi darah daging pun. Siapa yang perlu ambil tindakan..Adakah kita, sebagai pelanggan perlu duduk di dapur memastikan makanan tersebut HALAL atau pihak berkuasa perlu bertindak SEWAJARNYA.

* Sedap betul petang-petang nie kena TEH TARIK dengan ROTI SARDIN...