Monday 4 July 2011

Kedai Mamak...Halal ker Haram..?

Tidak disangkal lagi apabila kita mengatakan bahawa minum teh tarik dan meratah roti canai di restoran mamak menjadi kecenderongan masyarakat bandar berkumpul serta bersosial. Atas kesibukan kerja sehingga lewat malam, penduduk di kawasan bandar jarang pulang ke rumah untuk makan dan mengharapkan kedai-kedai makan di luar bagi memenuhi selera mereka. 

Kebanyakan restoran-restoran mamak ini mampu untuk beroperasi sehingga 24 jam sehari.Restoran mamak sekarang juga bukan sahaja tempat bergosip (mengumpat) untuk bercerita tentang perkembangan artis dan politik tetapi juga selalunya menjadi tempat kedua mengadakan mesyuarat dalam membuat beberapa keputusan tidak rasmi. Ia kadangkalanya pun mampu mempengaruhi mesyuarat rasmi parti-parti politik.

Dalam bersaing perniagaan mereka, kebanyakan restoran mamak menyediakan skrin besar menayangkan filem sebagai tarikan. Siaran sukan secara langsung yang diperolehi dari rancangan TV satelit berbayar amat popular. Selain itu, perkhidmatan jalur lebar percuma juga disediakan, menjadikan ramai anak-anak muda akan berada di restoran mamak ini berjam-jam. 

PERSOALANNYA...?
Adakah kita sebagai seorang muslim begitu yakin tentang kebersihan makanan yang di hidang atau HALAL & HARAM makanan tersebut. Kadang-kadang kita melihat begitu Indah apabila tergantungnya Kalimah ALLAH Dan MUHAMMAD tetapi pernahkah kita menjenguk keadaan di DAPUR...! cara penyedian, peralatan yang digunakan, bahan yang digunakan dan yang paling penting SIAPA YANG MASAK makanan tersebut. Adakah tukang masak itu MUSLIM...atau Hindu atau kita sendiri tidak dapat kenal pasti.

Siapakah sepatutnya membuat pemantaun atau pihak yang berwajib hanya bertindak bila ada laporan sahaja. Perkara ini amat penting kerana setiap apa yang kita makan akan mempengaruhi perangai, tingkah laku dan minda kita..Sedar tak sedar mungkin telah berkilo kita makan dan bergelen air yang telah kita minum di restoran tersebut.

HALAL ker...!!! dan jadi darah daging pun. Siapa yang perlu ambil tindakan..Adakah kita, sebagai pelanggan perlu duduk di dapur memastikan makanan tersebut HALAL atau pihak berkuasa perlu bertindak SEWAJARNYA.

* Sedap betul petang-petang nie kena TEH TARIK dengan ROTI SARDIN...


No comments:

Post a Comment